Wednesday, March 21, 2012

Hati itu perlu diketuk


Kadangkala hati itu perlu diketuk, agar tak selamanya selesadengan kemewahan tetapi juga selesa dengan kesusahan..



Pernah ada seorang teman melayangkan sebuah mesej melalui sistem pesanan ringkas saat diri ini berasa sangat terbeban dengan urusan dunia. Katanya kadangkala hati itu perlu diketuk agar tak selamanya selesa dengan kemewahan tetapi juga selesa dengan kesusahan. Berkerut kening memikirkan apa yang cuba disampaikan. Manakan tidak, cukup terkesan dengan kata 'diketuk'. Ya, perkataan diketuk itu cukup-cukup mebuatkan diri ini terfikir.

Hati diketuk?
Bagaimana mahu mengetuk hati? Fikirkan ya, saban hari kita melalui kehidupan dunia ini penuh dengan harapan dan keinginan yang baru dan semestinya lebih baik. Namun, ada kalanya apa yang diimpikan tidak seperti realiti yang terjadi. Persoalannya, apakah pernah dalam hati kita menilik bahawa apa yang berlaku itu sebenarnya untuk mengetuk hati kita? Ya, kerana kita ini selalu lalai. Yang menjadi idaman di hati hanyalah perkara yang indah-indah sahaja, walhal kita perlu juga belajar menerima kesusahan. Agar nanti saat menerima keduanya, hati kita bisa tenang.

Mukmin itu unik.
Ingin memetik sebuah hadis yang mengenai sifat seorang mukmin itu saat menerima nikmat dan musibah.
Sungguh pelik urusan orang mukmin, semua perkara baginya baik belaka, Semua ini tidak didapati oleh orang lain kecuali orang-orang mukmin.: Kalau dia mendapat kesenangan dia bersyukur itulah yang lebih baik baginya,dan jika dia ditimpa sebarang kemudhoratan, dia bersabar itulah yang lebih baik baginya."

Maka jangan ditunggu lagi. Ketuklah hati agar tak selamanya selesa dengan kesenangan tetapi juga turut selesa dengan kesusahan..

Thursday, June 10, 2010

chemistry ku sayang....

chemistry kusayang....
entah knape aku memilih kau sbg 'favourite subject'ku
entah knape aku memilih kau sbg subject yang mesti aku belajar
entah knape ye...
entah la..

chemistry ku sayang....
kalaulah kaumampu memahami perasaanku..
kalaulah kaumampu menghayati apa yang dijiwaku...
kalaulah kaumampu mengerti apa yang difikiranku...
mampukah kau??..

chemistry ku sayang...
kuperahkan otakku untukmu
kukerahkan keringatku untukmu
kupaksakan jiwaku untukmu
kukorbankan masaku untukmu...

kerana aku tahu,
tanpamu, entah ke manalah aku
hidup di dunia ini tanpa tahu segala reaksi...

dan kerana aku tahu..
dengan mu, aku akan kenal
hakikat kejadianku.
melihat dan mentafsir
segala anugerah kurniaan Allah
kerana itulah tujuan manusia diciptakan
membesarkan Allah pada setiap masa....

aku sayang padamu, wahai chemistry!




Sunday, May 16, 2010

Dia tak pernah membebankan hambaNya

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Wednesday, May 5, 2010

EXAM OH EXAM

“ Emmm, sedapnyer bau nescafe,” kata Alin. Ros yang baru masuk bilik senyum-senyum sahaja. Misinya malam ini adalah untuk stay up sampai pukul 4 pagi. Itupun paling awal, paling lewat, emhh, mungkin tak tidur langsung.
“ Nak rase tak nescafe kaw punyer...5 sachet ak pakai!..” jawab Ros pula.
“5 sachet????... perghhh byk gler..emm tak pe la ak nk tidur mlm ni..”jawab Alin sengih-sengih, faham dengan perangai Alin yang takkan tidur menjelang waktu exam.

Jam 12.33 tengah malam....
The probability of one mi..... La, br setengah buku aku studi nih, byk lagi ni, bisik Ros dalam hati. Rlek Ros, byk jam lg ni... Ros menjeling ke arah Alin, sedapnye kau tidur...

Jam 3.33 pagi......
Huarghhhhh.. Ros menggeliat kelenguhan...yeahhh sikit lagi Ros.. fuh, power gak nescafe aku buat tadi...memang kawww..

Jam 5.33 pagi.....
krohhhh..krohhhh.... eh, eh, alamak tertidur pulak.. Ros terus bangun dari kerusi belajarnya. Bergerak ke katil dan, zzzzzz.... sambung tidur.

Jam 7.33 pagi...
“Ingatkan dah syahid tadi, dah2 bangun cepat, exam kau pukul 8 kan?” bebel Alin. Memang susah nak kejut si Ros ni bangun.. “em yela2”...Memang tak boleh bukak mata langsung. Macam dah dilekatkan dengan gam gajah. “yela2... tapi tak bangun ponnn” geram Alin.

Jam 8.33 pagi....
Dengan kelajuan mencapai 10 kilometer sejam, Ros memulakan larian pecutnya sejauh 500 meter menuju ke exam hall..Eh,eh, Ros membelok ke kiri, dan sekarang ke kanan pula, dan terjun melepasi 10 anak tangga dengan hanya tiga langkah sahaja. Alamak, ada orang kat depan, Ros! “dush.....” “Sori kak”, hanya itu yang mampu Ros cakap setelah menjatuhkan kakak itu...

Jam 9.33 pagi....
The probability offf...probable offf thr,...three... segalanya semakin blur buat Ros. Dan tidak lama kemudian, krohhh..krohhhh... lenanya Ros dibuai mimpi... “tuk..tuk..” Rasenye dah banyak kali pengawas tu ketuk meja Ros menyuruhnya bangun, tapi tetap tak bangun. Kalau bangun pun, 5 minit kemudian, mesti tertidur balik. Aihh, Ros..Ros...

Jam 10.33 pagi....
“Alinnnnn... tolong aku Lin, aku tak dapat jawab tadi.” Alin pun pelik, “eh, bukan ke kau stay up ke malam tadi, pulun studi, bla..bla..”(Alin memang terkenal ngan mulut bebelnye).

P/s: Jangan lah suke membebel, kesian kat kawan kite yang tengah sedih tu..

Moral of the story, pastikan anda mendapatkan rehat yang cukup malam sebelum exam...so that, ada tenaga yg cukup untuk menjawab exam.. All the best ye smue. May Allah bless us.

Saturday, May 1, 2010

true friends


bbrp hari lps...
btol la kte org, kte kadangkala x sedar yg kita ade buat sumthing wrong,alhamdulillah mujur ana tlh disdarkan oleh seorg rakan.. kate2 nye lmbut, tp tegas .. penuh dgn peringatan yang sgt menginsafkan..
kawan yang baik adalah kwn yang mengatakan pd kte ap yg benar, bkn membenarkan ap yg kte kate (walaupun salah)...

to my friend, moga rahmat ALLAH sntiasa d sklilingmu, moga hidyah ALLAH turun padamu tanpa hijab, moga al-falah menantimu... bersamalah kite menegakkan yang hak, meruntuhkan yang batil... innallaha maana..

Wednesday, April 14, 2010

exam....

syukur alhamdulillah, selesai jugak akhirnya xm midterm kali ni..
mujurlah short sem ni amek dua subjek jer,so, x la byk sgt nak kena cope,tp agk tekejar-kejar jugak la... ape2 pon teruskan berusaha, ingat lah kejayaaan yang sebenar bkn dtg dr result, tp dtg dr usaha, itu yg lbih utama...

Thursday, April 8, 2010

kalu kite fikir susah,maka susah laaa...

yuppp,benar dan tepat sekali ayat tuu..
sekali kite dah fikir sesuatu tu susah,memang la selamanya kita akan fikir SUSAH...
this is the matter of mind, as the body will follow the mind..
so, lepas ni set kat mind kte, bende ni x la susah mane, yang penting ade usaha..
thats much valuable..